Zikir Dan Doa Ketika Sujud

Zikir Dan Doa Ketika Sujud Serta Kelebihannya

Disediakan oleh:

Ust.Dr.Udah Mohsin.


Suruhan berdoa ketika sujud
Hadith:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ، وَهُوَ سَاجِدٌ، فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ»
صحيح مسلم، كتاب الصلاة)):
Bermaksud: Daripada Abu Hurayrah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Seseorang hamba itu yang paling hampir kepada Tuhan-Nya ialah ketika dia sujud maka banyakkanlah kamu berdoa.
Hadith yang lain:
وَإِنِّي نُهِيتُ أَنْ أَقْرَأَ الْقُرْآنَ رَاكِعًا أَوْ سَاجِدًا، فَأَمَّا الرُّكُوعُ فَعَظِّمُوا فِيهِ الرَّبَّ عَزَّ وَجَلَّ، وَأَمَّا السُّجُودُ فَاجْتَهِدُوا فِي الدُّعَاءِ، فَقَمِنٌ أَنْ يُسْتَجَابَ لَكُم
صحيح مسلم، كتاب الصلاة، باب النهي عن قراءة القرآن في الركوع والسجود)):
Bahawasanya aku ditegah untuk membaca al-Quran ketika rukuk dan sujud, adapun rukuk maka kamu hendaklah mengagongkan Tuhan, dan adapun sujud maka kamu hendaklah bersungguh-sunguh pada berdoa maka sebenarnya ia dikabulkan untuk kamu.

Apa yang dipohon dalam sujud:
Al-Hafiz ibn Hajar berkata:
وَالْأَمْرُ بِإِكْثَارِ الدُّعَاءِ فِي السُّجُودِ يَشْمَلُ الْحَثَّ عَلَى تَكْثِيرِ الطَّلَبَ لِكُلِّ حَاجَةٍ كَمَا جَاءَ فِي حَدِيثِ أَنَسٍ لِيَسْأَلْ أَحَدُكُمْ رَبَّهُ حَاجَتَهُ كُلَّهَا حَتَّى شِسْعَ نَعْلِهِ أَخْرَجَهُ التِّرْمِذِيُّ وَيَشْمَلُ التَّكْرَارَ لِلسُّؤَالِ الْوَاحِدِ وَالِاسْتِجَابَةُ تَشْمَلُ اسْتِجَابَةَ الدَّاعِي بِإِعْطَاءِ سُؤْلِهِ وَاسْتِجَابَةَ الْمُثْنِي بِتَعْظِيمِ ثَوَابِهِ
فتح الباري لابن حجر (2 / 300):
Suruhan membanyakkan doa dalam sujud itu merangkumi galakkan meminta bagi semua hajat, sebagaimana dalam Hadith yang diriwayatkan oleh Anas:
لِيَسْأَلْ أَحَدُكُمْ رَبَّهُ حَاجَتَهُ كُلَّهَا حَتَّى شِسْعَ نَعْلِهِ
(Seseorang itu hendaklah meminta kepada Tuhannya akan hajatnya semuanya sehinggakan tali seliparnya.) yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi dalam Sunannya. Dan merangkumi juga mengulangkan-ulangkan permintaan yang satu. Diperkenankan oleh Allah akan doanya, merangkumi memperkenankan orang yang berdoa dengan mengurniakan permintaannya dan memperkenankan orang yang memuji-Nya dengan dikurniakan pahala yang besar.
Penjelasan al-Hafiz Ibn Hajar di atas menunjukkan membanyakkan doa dalam sujud itu merangkumi doa dalam berbagai-bagai perkara dan merangkumi doa dalam satu perkara sahaja yang diulang-ulangkan. Manakala Allah memperkenankan doa dan kabulkan doanya serta Allah beri kepadanya pahala yang besar.

Bacaan zikir dalam sujud
Diantara bacaan-bacaan zikir dalam sujud yang terdapat dalam Hadith ialah:
سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ، رَبُّ الْمَلَائِكَةِ وَالرُّوحِ
(صحيح مسلم ، كتاب الصلاة ، باب ما يقال في الركوع والسجود)
Hadith yang lain:
«سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى» ،
( سنن أبي داود ، كتاب الصلاة ،  ، باب ما يقول الرجل في ركوعه وسجوده)
Hadith yang lain:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
Sebanyak tiga kali.
( سنن أبي داود ، كتاب الصلاة ،  باب ما يقول الرجل في ركوعه وسجوده)
Dalam kitab al-Tamhid Li Ma Fi al-Muwatta’  oleh Ibn `Abd al-Bar ada menyebut mengenai Hadith daripada Hudhayfah Nabi s.a.w.  membaca dalam rukuknya:  سبحان ربي العظيم وبحمده sebanyak tiga kali, dan dalam sujudnya: سبحان ربي الأعلى وبحمده tiga kali. Kata Ibn Abd al-Bar lagi: Nafi` bin Jubayr bin Mut`im juga ada meriwayatkan yang seumpamanya daripada Nabi s.a.w. begitu juga al-Sa`di daripada Nabi s.a.w. (Ibn Abd al-Bar t.t. 16:120).
Hadith yang lain:
«اللهُمَّ لَكَ سَجَدْتُ، وَبِكَ آمَنْتُ، وَلَكَ أَسْلَمْتُ، سَجَدَ وَجْهِي لِلَّذِي خَلَقَهُ، وَصَوَّرَهُ، وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ، تَبَارَكَ اللهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ
(صحيح مسلم، صلاة المسافرين).

Pandangan ulama mengenai zikir dan doa dalam sujud
Dalam kitab Fayd al-Qadir oleh al-Munawi, beliau menyatakan bacaan dalam rukuk   سبحان ربي العظيم وبحمده  tiga kali, dan dalam sujud سبحان ربي الأعلى وبحمده tiga kali, ini adalah sekurang-kurang kesempurnaan, lebih sampurna lagi lima, tujuh, sembilan atau sebelas. Inilah yang paling sampurna.  (al-Munawi 1938, 4: 84.).
Yang lebih afdalnya ditamabah dengan:
« اللَّهُمَّ لَكَ سَجَدْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَلَكَ أَسْلَمْتُ سَجَدَ وَجْهِى لِلَّذِى خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ تَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ »
(صحيح مسلم، صلاة المسافرين).
Bermaksud: Ya Allah! Bagi-Mu aku sujud, dengan-Mu aku beriman, bagi-Mu aku meyerahkan diri, mukaku sujud untuk Yang menjadikannya, membentuknya, memberikan pendengaran dan pelihatan Maha tinggi Allah, Dia sebaik-baik pencipta.

Kata al-Imam al-Nawawi: al-Imam al-Shafi dan ulama-ulama mazhab al-Sahfi`i berpendapat: Sunat bertasbih dan membanyakkan doa dalam sujud. Ini jika dia tidak menjadi imam. Jika dia menjadi imam maka cukup dengan tiga tasbih sahaja,  kecuali jika makmum redha, atau bagi orang yang solat seorang diri. Tuntutan ini merangkumi lelaki dan perempuan. Walau bagimanapun makruh membaca al-Quran ketika rukuk dan sujud.(al-Nawawi t.t. 3: 376-377).

Dari Hadith-Hadith dan pandangan-pandangan ulama di atas, jika seorang itu menjadi imam maka cukuplah baginya membaca zikir dalam sujud tiga kali seperti dia membaca  سبحان ربي الأعلى وبحمده sebanyak tiga kali untuk mendapat sekurang-kurang kesempurnaan. Adapun jika seseorang itu solat berseorangan dan dia hendak memanjangkan bacaan zikirnya maka dia boleh menambah zikirnya lebih dari tiga kali dan selepas itu ditambah dengan:
اللَّهُمَّ لَكَ سَجَدْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَلَكَ أَسْلَمْتُ سَجَدَ وَجْهِى لِلَّذِى خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ تَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ
dan jika lepas tiga kali ditambah dengan ini pun boleh juga.

Doa Rasulullah dalam sujud
Di antara doa-doa Rasulullah s.a.w. dalam sujud ialah :
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي كُلَّهُ دِقَّهُ وَجِلَّهُ وَأَوَّلَهُ وَآخِرَهُ وَعَلَانِيَتَهُ وَسِرَّهُ
صحيح مسلم، الصلاة).)
Bermaksud:  Ya Allah! Ampunilah dosaku semuanya, yang halus dan yang kasar, awalnya dan akhirnya, yang nyata dan yang tersembunyi.
Dan juga:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ وَبِكَ مِنْكَ لَا أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ
سنن النسائي، التطبيق).)
Bermaksud: Ya Allah! Bahawasanya aku berlindung dengan keredhaan-Mu dari kemurkaan-Mu, dan dengan kemaafan-Mu dari seksa-Mu/kemurkaan-Mu, dan dengan-Mu dari azab-Mu, aku tidak dapat mengira pujian ke atas-Mu, Engkau sebagimana yang Engkau puji ke atas diri-Mu.

Hadith yang lain:

Doa Rasulullah s.a.w. dalam solat.
Di antaranya:
عن عُرْوَةُ بْن الزُّبَيْرِ، أَنَّ عَائِشَةَ، زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخْبَرَتْهُ، أَنَّ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَدْعُو فِي الصَّلَاةِ «اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ» قَالَتْ: فَقَالَ لَهُ قَائِلٌ: مَا أَكْثَرَ مَا تَسْتَعِيذُ مِنَ الْمَغْرَمِ يَا رَسُولَ اللهِ فَقَالَ: «إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا غَرِمَ، حَدَّثَ فَكَذَبَ، وَوَعَدَ فَأَخْلَفَ»
(صحيح مسلم , كتاب المساجد ومواضع الصلاة، باب ما يُسْتَعَاذ منه في الصلاة) .
Bermaksud: Daripada `Urwah bin al-zubayr, bahawa  `Aishah, isteri Nabi s.a.w. memberitahu kepadanya, bahawa Nabi s.a.w. adalah Baginda berdoa dalam solatnya:
 اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ»
Maksudnya: Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu dari azab kubur, dan aku 
berlindung kepada-Mu dari fitnah hidup dan mati, dan aku berlindung kepada-Mu dari dosa dan hutang.
`Aishah berkata lagi: Seorang berkata kepada Nabi s.a.w.: Alangkah banyaknya engkau berlindung dari hutang, wahai Rasulullah? Jawab Baginda: Bahawanya seseorang itu apabila dia berhutang, dia bercakap dia akan berbohon dan dia 
berjanji dia akan memungkiri.

Doa-doa yang lain
Kita digalakkan untuk berdoa dalam sujud dalam semua urusan kita, sama ada dalam perkara yang berkaitan dengan kebaikan dunia atau akhirat atau kedua-duanya sekali, sebagaimana yang telah dijelaskan oleh al-Hafiz Ibn Hajar  sebelum ini.
Dengan ini marilah kita banyakkan doa dalam sujud, doa untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat. Allah terima doa kita.