Solat qasar bagi orang musafir

Dr. Udah Mohsin
بسم الله الرحمن الرحيم

Solat bagi orang yang musafir
Bagi orang yang musafir boleh melakukan solat dengan qasar dan jamak. Dalam tulisan ini akan hanya diperkatakan mengenai solat qasar sahaja. Adapun mengenai solat jamak akan diperkatakan kemudian.

Solat qasar
Harus bagi orang yang musafir melakukan jamak dan qasar sebagai memberi keringanan kepadanya kerana pada kebiasaannya dia menghadapi kesusahan dalam perjalanannya.
Asal pensyriaatan solat qasar sebelum ijmak ulama,

Allah firman Allah:
{ وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِي الْأَرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَقْصُرُوا مِنَ الصَّلَاةِ} [النساء: 101]
Bermaksud: Dan apabila kamu berjalan di atas muka bumi, maka tiada kesalahan bagi kamu untuk menqasarkan solat.

Dalam Hadith:
عَنْ يَعْلَى بْنِ أُمَيَّةَ، قَالَ: قُلْتُ لِعُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ: {لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَقْصُرُوا مِنَ الصَّلَاةِ، إِنْ خِفْتُمْ أَنْ يَفْتِنَكُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا} فَقَدْ أَمِنَ النَّاسُ، فَقَالَ: عَجِبْتُ مِمَّا عَجِبْتُ مِنْهُ، فَسَأَلْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ذَلِكَ، فَقَالَ «صَدَقَةٌ تَصَدَّقَ اللهُ بِهَا عَلَيْكُمْ، فَاقْبَلُوا صَدَقَتَهُ»
صحيح مسلم (1 / 478):

Bermaksud: Daripada Ya`la bin Ummayyah katanya, aku berkata kepada Umar bin al-Khattab mengenai firman Allah yang bermaksud: Tiada bagi kamu kesalahan untuk mengqasarkan solat jika kamu takut bahawa kamu difitnahkan oleh mereka yang kafir, (sekarang) orang ramai telah mendapatkan keamanan, lalu Umar berkata: Akupun hairan dari apa yang engkau hairannya, lalu aku bertanya Rasulullah s.a.w. mengenai perkara itu lalu sabdanya: Itu adalah merupakan satu sedekah yang Allah sedekahkan dengannya kepada kamu, oleh itu terimalah sedekahnya.
Dua nas di atas menunjukkan kepada pensyariatan solat qasar.

Solah qasar
Harus bagi orang yang musafir bukan kerana maksiat  mengqasarkan solat fardu yang empat rakaat, bukan yang dua rakaat dan bukan yang tiga rakaat. (al-Bujayrimi, 2: 385; al-Majmu` 4: 212.)
Tidak harus qasar bagi orang yang mukim (al-hadar) iaitu orang yang tidak musafir. Ini adalah ijmak ulamak. Apabila diqasarkan solat yang empat rakaat maka ia menjadi dua, samada solat khawf atau bukan. Ibn `Abbas berkata: Yang wajib bagi solat khawf ialah satu rakaat, ini dihikayatkan daripada al-Hasan al-Basari, manakala jamhur ulama iaitu kebanyakkan ulama berpendapat dengan yang pertama (iaitu dua rakaat.) Mereka mentakwilkan Hadith:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: «فَرَضَ اللهُ الصَّلَاةَ عَلَى لِسَانِ نَبِيِّكُمْ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْحَضَرِ أَرْبَعًا، وَفِي السَّفَرِ رَكْعَتَيْنِ، وَفِي الْخَوْفِ رَكْعَةً»
صحيح مسلم (1 / 479):
Bermaksud: Daripada Ibn `Abbas katanya, Allah memfardukan solat ke atas Nabi kamu s.a.w. ketika mukim empat rakaat, ketika musafir dua rakat dan ketika dalam peperangan satu rakaat.
Satu rakaat berserta dengan imam dan satu rakaat lagi bersendirian sebagaimana yang disyariatkan padanya. (al-Majmu`, 4: 213).

Syarat harus qasar solat bagi orang yang musafir
Pertama
Musafirnya bukan kerana maksiat. Samada musafir itu wajib seperti Musafir kerana mengerjakan haji, atau sunat (mandub) seperti ziarah makam Rasulullah s.a.w., atau harus seperti berniaga atau makruh seperti musafir seorang diri. (al-Bujayrimi, 2: 386).

Imam al-Nawawi berkata: Adapun orang yang musafir kerana derhaka kepada Allah sekalipun dalam pertengahan musafirnya, seperti dia keluar musafir kerana hendak melanun di jalan, untuk membunuh orang Islam dengan secara zalim, atau lari dari tuannya, atau keluar dari mentaati suami atau lari dari membayar hutang sedangkan dia mampu membayarnya atau yang seumpamanya, maka tidak boleh qasar dan lainnya dari ruhksah iaitu kemudahan yang diberikan kepada orang musafir dengan tidak ada khilaf di sisi sahabat-sahabat kami, kecuali al-Muzani maka dia mengharuskan orang itu melakukan qasar. (al-Majmu` 4: 226.).

Al-Shykh Al-Khatib al-Sharbini berkata: Orang yang musafir kerana derhaka tidak boleh qasar kerana musafir itu adalah rukhsah iaitu kemudahan yang diberikan oleh syarak maka ia tidak boleh digantungkan dengan maksiat, seperti ruhksah musafir yang lain, tetapi dia boleh tayammaum tetapi wajib mengulangi solatnya. ( al-Sharbini dalam al-Bujayrimi, 2: 386-387.).

Menurut al-Shykh al-Bujayrimi: Orang musafir yang derhaka itu ada tiga bahagian. Pertama derhaka dengn sebab musafir (musafir dengan tujuan untuk derhaka kepada Allah.) kedua, orang yang derhaka ketika dalam musafir, seperti dia berzina ketika sedang dalam perjalanan pergi menunaikan haji. Ketiga, orang yang derhaka dengan sebab musafirnya ketika dalam musafir. Seperti orang yang tujuan musafirnya adalah untuk ketaatan, kemudian selepas itu dia menukarnya kepada maksiat. Hukumnya orang yang kedua boleh qasar tanpa syarat. Adapun orang yang pertama dan ketiga dia tidak boleh qasar sebelum dia bertaubat, jika kedua-duanya bertaubat maka orang yang ketiga boleh qasar. Adapun bagi orang yang pertama jika dari tempat dia bertaubat itu dengan tempat yang dia hendak tuju masih ada dua marhalah maka boleh baginya qasar. Adapun hukum orang yang tujuan dia musafir adalah untuk maksiat dan yang bukan maksiat kedua-dua sekali seperti orang yang tujuan musafirnya untuk melanun dalam perjalanan dan untuk berniaga, orang ini tidak boleh qasar kerana maksiat itu yang mengatasi.
حاشية البجيرمي على الخطيب = تحفة الحبيب على شرح الخطيب (2 / 386-387):

Kedua
Jauh perjalanan musafir itu hendaklah tidak kurang dari dua marhalah iaitu lebih kurang 89 kilometer. Tidak termasuk pergi dan balik.
الإقناع في حل ألفاظ أبي شجاع (1 / 171):
حاشية البجيرمي على الخطيب = تحفة الحبيب على شرح الخطيب (2 / 164):
المجموع شرح المهذب (4 / 323):

Ketiga
Solat qasar itu hendaklah ditunaikan dalam waktu musafirnya. Tidak boleh solt yang luput pada masa hadar (mukim) diqasarkan pada waktu musafir, kerana solat itu sabit pada dirirnya sampurna. Begitu juga tidak boleh diqasarkan dalam masa musafir solat yang disyaki ia luput pada ketika musafir atau hadar (tidak musafir),  kerana untuk ihtiyat, dan kerana asalnya adalah sampurna. 
Boleh diqadakkan ketika qasar musafir akan solat qasar musafir yang telah luput,  sekalipun ketika mengerjakannya itu bukan masa musafir solat yang luput itu, kerana ada sebab, tetapi  tidak boleh diqasarkan solat yang luput

ketika hadar (tidak musfir).
الإقناع في حل ألفاظ أبي شجاع (1 / 172):
حاشية البجيرمي على الخطيب = تحفة الحبيب على شرح الخطيب (2 / 391):

Keempat
Bahawa dia niat qasar berserta dengan takbirat al-ihram. Seperti katanya sahaja aku solat fardu  Zuhur qasar. Jika dia tidak niat yang seperti itu, bahkan dia niat sampurna,  atau mutlaq maka dia hendaklah solat dengan sampurna, kerana pada yang pertama mengikut apa yang diniatkan dan pada yang kedua pula itulah yang asal. Disyaratkan juga dia hendaklah menjaga dari sesuatu yang menafikan solat qasar. Jika dia niat sampurna setelah dia niat qasar maka dia hendaklah menunaikan solat itu secara sampurna.
الإقناع في حل ألفاظ أبي شجاع (1 / 172):
حاشية البجيرمي على الخطيب = تحفة الحبيب على شرح الخطيب (2 / 391):
Jika seseorang itu telah niat qasar, kemudian dia ragu-ragu, sama ada dia niat qasar, atau niat  sampurna maka dia hendaklah menunaikan solat itu dengan sampurna.   (al-Majmu`, 4: 239.).

Begitu juga jika dia sak sama ada dia niat qasar atau tidak maka dia hendaklah menunaikan solatnya dengan sampurna.
Jika imamnya bangun untuk rakaat ketiga kemudian dia ragu samaada imam itu solat sampurna atau lupa, dia hendaklah solat sampurna sekalipun ternyata imam itu lupa.

Seorang yang solat qasar sengaja bangun untuk rakaat ketiga dengan tidak ada niat untuk solat sampurna batal solatnya. Dan jika kerana lalai kemudian ingat, wajib dia kembali semula duduk untuk tahiyyat, dan sunat baginya sujud sahwi, kemudian memberi salam. Jika ketika dia ingat itu dia pun hendak menyempurnakan solatnya, dia wajib kembali duduk kemudian bangun dengan niat solat dengan sampurna.
الإقناع في حل ألفاظ أبي شجاع (1 / 172):
حاشية البجيرمي على الخطيب = تحفة الحبيب على شرح الخطيب (2 / 391):

Kelima
Tidak harus qasar bagi orang yang berimamkan kepada orang yang solat sampurna. Imam al-Nawawi berkata: Imam al-Shafi`i dan para sahabat (ulama-ulama dalam mazhab al-shafi`i) berkata: Syarat qasar hendakah tidak mengikut orang yang solat sampurna, maka sesiapa yang mengikut orang yang solat sampurna sekipun satu lahzah maka dia hendaklah solat dengan sampurna, sama ada orang yang solat sampurna yang diikut itu mukim atau musafir, dia niat solat sampurna atau dia tidak niat qasar. (al-Majmu`, 4: 237.). (al-Bujayrimi, 2: 393).

Dalilnya:
نْ مُوسَى بْنِ سَلَمَةَ، قَالَ: كُنَّا مَعَ ابْنِ عَبَّاسٍ بِمَكَّةَ، فَقُلْتُ: إِنَّا إِذَا كُنَّا مَعَكُمْ صَلَّيْنَا أَرْبَعًا، وَإِذَا رَجَعْنَا إِلَى رِحَالِنَا صَلَّيْنَا رَكْعَتَيْنِ. قَالَ: " تِلْكَ سُنَّةُ أَبِي الْقَاسِمِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ " (1)
(1)                  إسناده حسن،
مسند أحمد ط الرسالة (3 /
Bermaksud: Daripada Musa bin Salamah, katanya: Kami bersama-sama Ibn `Abbas di Makkah, maka kataku: Kami jika besama kamu kami solat empat rakaat, dan apabila kami kembali musafir kami solat dua rakaat. Katanya: Itu adalah sunah Abu al-Qasin iaitu Rasulullah s.a.w.
Nas di atas menunjukkan ketika tidak musafir solat empat rakaat dan ketika musafir solat dua rakaat.

Penjelasan Permasalahan
Pertama
Orang yang solat Zuhur qasar berimamkan orang yang solat Asar qasar adalah harus. (al-Majmu`, 4: 237.).

Kedua
Seorang yang mengatahui atau menyangka (kerana zahir dari keadaan orang yang disangka itu sebagai musafir, seperti orang yang solat Zuhur di RNR) imamnya musafir dan dia mengetahui atau menyangka imamnya niat qasar maka dia boleh qasar. Begitu juga kalau dia mengetahui atau menyangka imamnya musafir, (kerana zahir dari keadaan orang yang disangka itu sebagai musafir, seperti orang yang solat Zuhur di RNR) tetapi dia tidak mengetahui samaada imamnya niat qasar atau tidak? maka dia boleh solat qasar di belakangnya, tidak menjadi mudarat dia ragu terhadap niat imamnya kerana zahir orang yang musafir dia niat qasar. (al-Majmu`, 4: 238.).

Ketiga
Jika makmum tidak mengetahui niat imamnya yang musafir maka katanya: jika imam qasar aku qasar dan jika imam tunai maka aku tunai. Dalam perkara ini ada dua pendapat yang masyhur. Pendapat yang lebih sahih, sah ta`liq itu, maka jika imam qasar dia qasar dan jika imam solat sampurna dia solat samurna, kerana zahir orang yang musafir itu dia solat qasar. Jika imam itu beredar dari solatnya dan makmum tidak mengetahui apa yang diniatkanya maka menurut pendapat yang lebih sahih dia hendaklah solat dengan sampurna (tidak boleh qasar).

Keempat
Jika seorang yang musafir itu ragu, adakah imamnya itu seorang yang musafir atau mukim dan tidak terdapat sesuatu yang menterjihkan di antara kedua-duanya maka dia hendaklah solat dengan sampurna, samaada setelah itu ternyata imam itu solat dengan sampurna atau qasar atau imam itu beredar dan dia tidak diketahui hal imam tersebut.

Kelima
Jika seorang itu berimamkan kepada orang yang disangkakannya musafir (kerana pada zahirnya orang yang disangkakan itu musafir) dan solat qasar,  kemudian ternyata imam itu mukim, atau imam itu solat dengan sampurna maka dia hendaklah solat dengan sampurna kerana dia berimamkan kepada orang yang solat sampurna.  (al-Majmu`, 4: 239.).

Keenam
Seorang yang musafir dan solat qasar dia boleh menjadi imam kepada orang yang solat musafir dan juga orang yang solat sampurna. Orang yang solat sampurna menyempurnakan solatnya. Imam yang solat qasar tadi setelah memberi salam sunat berkata: sampurnakanlah solat kamu kami adalah orang yang musfir. .  (al-Majmu`, 4: 239.).

Keenam
Keenam dari syarat qasar. Disyaratkan bahawa dia berada dalam musafir pada semua solatnya. Maka jika musafirnya tamat ketika dalam solah, seperti bahtara yang dinaikinya telah sampai ketempat tinggalnya, atau ragu bahawa ia telah sampai maka dia hendaklah menyempurnakan solatnya. (tidak boleh qasar.).

Ketujuh
Ketujuh dari syarat qasar. Orang yang musafir itu hendaklah qasad  ke tempat yang tertentu seperti ke Sungai Merab, atau ke tempat yang tertentu yang lebih umum darinya, seperti ke Sepang, pada awal musafirnya. Supaya dia mengetahui musafirnya itu jauh. Jadi boleh qasar bagi orang yang haim iaitu orang tidak mengetahui ke mana arah yang dia hendak tuju, sekalipun jauh musafirnya.

Kelapan
Disyaratkan bagi seseorang yang solat qasar dia hendaklah melepasi kawasan yang dia bermukim padanya, seperti kampungnya. Tamat musafirnya dengan sampai ke tempat dia mula musafir. (al-Bujayrimi, 2: 400.).

Permasalahan
Pertama
Seseorang yang musafir apabila dia berhenti dan berniat untuk bermukim pada sebuah negeri atau kampung maka terputuslah musafirnya.  Dia tidak bolah mendapat sebarang kemudahan (ruhsah) sebagai seorang musafir. Adapun jika dia berniat untuk mukim itu pada kawasan tanah lapang maka ada dua pendapat . Menurut pendapat yang lebih sahih di sisi jamhur, terputus musafirnya, kerana dia tidak musafir, dia tidak mendapat rushah sehingga dia berpisah dengannya.

kedua
Seseorang yang berniat bermukim dalam sebuah negeri selama tiga hari atau kurang  maka tidak terputus ruhsahnya dengan tidak khilap di kalangan ulama. Adapun jika dia niat bermukim selama empat hari maka jadilah dia sebagai seorang yang mukim dan terputuslah ruhsah darinya. Ini bererti orang yang niat bermukim kurang dari empat hari tidak putus musafirnya sekalipun lebih dari tiga hari.
Cara mengira empat hari itu menurut pendapat yang lebih sahih dari dua pendapat iaitu pendapat jamhur ialah tidak termasuk hari masuk dan keluar. (al-Majmu` 4: 245).

Ketiga:
Orang yang musafir setelah masuk waktu solat.
Menurut jamhur ulama mazhab al-Shafi`i: Harus bagi orang yang musafir setelah masuk waktu solat  dia qasarkan solat tesebut dalam perjalanannya. Adapun kepada wanita yang haid setelah masuk waktu solat dan boleh baginya menunaikan solat dengan sampurna, tetapi dia tidak bersolat ketika itu, bahkan melambatkannya kemudian dia haid, wanita tersebut  hendaklah qada’ solat tersebut. Jika seseorang itu musafir di akhir waktu dan sempat baginya untuk menunaikan solat tersebut dengan sampurna, tetapi dia terus musafir maka menurut pendapat al-mazhab boleh baginya qasar.  (al-majmu` 4: 251-252.).

Hukum bermukim kerana urusan kerja
Adapun orang yang bermukim dalam sebuah bandar atau kampung kerana urusan kerja maka ada dua keadaan.

Pertama
Dia menyangka bahawa kerjanya itu boleh selesai sebelum empat hari dan dia niat beredar dari tempat itu setelah selesai kerjanya maka orang ini boleh qasar empat hari dengan tiada khilaf. Yang lebih dari itu ada dua jalan. Yang sahih dari kedua-duanya iaitu pendapat jamhur ia ada tiga pendapat: Pertama, boleh qasar selama-lama, samaada dia bermukim kerana berperang, atau kerana takut dari peperangan atau untuk berniaga atau lainnya.

Kedua, tidak harus qasar langsung.

Ketiga, iaitu pendapat yang lebih sahih disisi sahabat-sahabat kami mazgab al-shafi`i, harus baginya qasar sehingga 18 hari sahaja. Ada juga yang mengatakan 17 hari dan ada yang mengatakan 19 hari dan ada yang mengatakan 20 hari.

Kedua,
Dia mengetahui kerjanya tidak boleh selesai dalam masa empat hari tidak termasuk hari dia masuk dan keluar. Contohnya orang yang  membuat perniagaan besar, orang yang hendak menunggu untuk solat Jumaat sedangkan di antara hari yang dia berada padanya dengan hari Jumaat empat hari atau lebih, maka menurut  yang al-mazhab dan yang diputuskan oleh jamhur, jika dia bukan orang yang berperang maka tidak ada rukhsah iaitu tiada kemudahan sebagai seorang musafir baginya.  (al-Majmu` 4: 245-246). Orang itu tidak boleh qasar.

Adapun mengenai Hadith:
عَنْ أَنَسٍ، قَالَ: «خَرَجْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنَ الْمَدِينَةِ إِلَى مَكَّةَ فَلَمْ يَزَلْ يَقْصُرُ حَتَّى رَجَعَ فَأَقَامَ بِهَا عَشْرًا»
سنن النسائي (3 / 118):
Bermaksud: Daripada Anas katanya: Aku keluar musafir bersama-sama Rasulullah s.a.w. dari Madinah ke Makkah, Baginda sentiasa qasarkan solat hingga Baginda kembali. Baginda bermukim di sana 10 hari.
Maksud Hadith di atas ialah Rasulullah s.a.w.tidak tinggal setempat selama empat hari. (al-Majmu` 4: 246-247).

Kesembilan
Disyaratkan bagi orang yang musafir itu mengetahui keharusan qasar. Jika dia qasar tanpa mengetahui keharusannya, tidak sah solatnyanya kerana dia mempermain-mainkan solat. (al-Bujayrimi, 2: 402-403.).
Perhatian
al-Khatib al-Shabini menyebut dalam Iqna`: Jika seseorang itu musafir yang sampai  tiga marhalah maka solat qasar itu lebih afdal dari solat sampurna, (jika kurang dari itu) puasa itu lebih afdal jika tidak memberi mudart kepadanya.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه  اجمعين.  والحمد لله رب العالمين