AZAB KUBUR

Oleh: Dr.Udah bin Mohsin

AZAB KUBUR
Terdapat orang yang mengingkari azab kubur. Adakah pandangan orang ini benar atau salah. Jawabnya pandangan mereka ini adalah salah, mereka adalah ahli bid`ah, menyeleweng dari i`tiqad ahli al-sunnah wa al-Jama`ah.

Pandangan Ahli al-Sunnah Wa al-Jama`ah mengenai azab kubur.
Menurut Ahli al- Sunnah Wa al-Jama`ah adalah wajib beri`tiqad dengan adanya azab kubur. Orang yang mengingkarinya adalah ahli bid`ah, menyeleweng dan keluar dari Ahli al-Sunnah Wa al-Jama`ah

Dalil Ahli al-Sunnah Wa al-Jama`ah mengenai azab kubur:
Pertama.  al-Quran al-Karim
Di antara ayat-ayat al-Quran mengenainya:
Firman Allah:
{وَحَاقَ بِآلِ فِرْعَوْنَ سُوءُ الْعَذَابِ (45) النَّارُ يُعْرَضُونَ عَلَيْهَا غُدُوًّا وَعَشِيًّا وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ أَدْخِلُوا آلَ فِرْعَوْنَ أَشَدَّ الْعَذَابِ (46)} [غافر: 45، 46]
Bermaksud: Patutlah bagi keluarga Fir`awn azab yang buruk . Api dibentangkan kepada mereka pagi dan petang, dan pada Hari Kiamat masukkanlah keluarga Fir`awn ke azab yang lebih dahsat.
Dibentangkan api kepada keluarga Fir’awn pagi dan petang
النَّارُ يُعْرَضُونَ عَلَيْهَا غُدُوًّا وَعَشِيًّا
adalah merupakan azab yang teruk. Ia  adalah sebelum Hari Kiamat. Pada Hari Kiamat pula mereka akan dimasukkan ke dalam azab yang lebih bersangatan. وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ أَدْخِلُوا آلَ فِرْعَوْنَ أَشَدَّ الْعَذَابِ
Azab setelah mati sebelum Hari Kiamat adalah azab kubur. Jika azab itu berlaku kepada Fir’awn dan pengikutnya maka berlaku juga kepada yang lainnya.
Firman-Nya lagi:
{ مِمَّا خَطِيئَاتِهِمْ أُغْرِقُوا فَأُدْخِلُوا نَارًا فَلَمْ يَجِدُوا لَهُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْصَارًا (25) } [نوح: 25، 26]
Bermaksud: Dari sebab dosa-dosa mereka maka mereka ditenggelamkan lalu mereka dimasukkan ke dalam api, maka mereka tidak mendapati selain daripada Allah Yang boleh memberi pertolongan.
Kaum Nabi Nuh yang kafir ditenggelamkan, selepas itu dimasukkan ke dalam api. Api di sini adalah api aqzab kubur kerana perkataan fa’ pada فَأُدْخِلُوا adalah li al-ta`qib. Bermaksud diikuri selepasanya dalam masa yang amat pendek. Bukan perkataan thumma. Api yang dimasukkan ke dalamnya kaum Nabi Nuh a.s. setelah sahaja mereka mati tenggelam ialah azab kubur.
Firman Allah lagi:
{وَلَوْ تَرَى إِذِ الظَّالِمُونَ فِي غَمَرَاتِ الْمَوْتِ وَالْمَلَائِكَةُ بَاسِطُو أَيْدِيهِمْ أَخْرِجُوا أَنْفُسَكُمُ الْيَوْمَ تُجْزَوْنَ عَذَابَ الْهُونِ بِمَا كُنْتُمْ تَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ غَيْرَ الْحَقِّ وَكُنْتُمْ عَنْ آيَاتِهِ تَسْتَكْبِرُونَ (93) } [الأنعام: 93، 94]
Bermaksud: Jika engkau melihat ketika orang zalim dalam penderitaan ketika hendak mati, dan para malaikat menghulurkan tangan mereka, (sambil berkata): Keluarkanlah nyawa kamu, pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang hina dengan sebab apa yang kamu katakan mengenai Allah (sesuatu) yang tidak benar, dan kamu terhadap ayat-ayat Allah kamu sombong. (ingkar)
Perkataan الْيَوْمَ menunjukkan bukan Hari Kiamat, tetapi adalah sebelumnya. 
Azab yang dikenakan kepada seseorang setelah mati sebelum Kiamat adalah azab kubur.
Nas-nas al-Quran di atas adalah sebahagian dari dalil yang menunjukkan adanya azab kubur.
Dalil dari Hadith Rasulullah s.a.w.

Hadith-Hadith mengenai azab kubur adalah amat banyak sehingga ramai ulama mengatakakan ia adalah mutawatir sekurang-kurangnya ia adalah mutawatir ma`nawi. Walau bagaimana pun ada juga ulama yang mengatakan Hadith mengenai azab kubur ini adalah Hadith Ahad. Walau bagaimana pun dari segi kesahihannya adalah disepakati dan wajib berpegang dengannya.

Di antara Hadith-Hadith mengenai azab kubur.
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا: أَنَّ يَهُودِيَّةً دَخَلَتْ عَلَيْهَا، فَذَكَرَتْ عَذَابَ القَبْرِ، فَقَالَتْ لَهَا: أَعَاذَكِ اللَّهُ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ، فَسَأَلَتْ عَائِشَةُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ عَذَابِ القَبْرِ، فَقَالَ: «نَعَمْ، عَذَابُ القَبْرِ» قَالَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا: فَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعْدُ صَلَّى صَلاَةً إِلَّا تَعَوَّذَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ
صحيح البخاري (2 / 98):
Bermaksud: Daripada Saidatina `Aishah r.a., bahawa seorang wanita Yahudi masuk menemuinya lalu wanita itu menyebut mengenai azab kubur. Katanya kepada Saidatina `Aishah: Allah melindungi engkau dari azab kubur, maka Saidatina `Aisah r.a. bertanya Rasulullah s.a.w. mengenai azab kubur maka jawab Baginda: Ya, ada azab kubur, Kata Saidatina `Aishah lagi: Aku tidak melihat Rasulullah s.a.w. selepas itu mengerjakan sembahyang kecuali Baginda berlindung dari azab kubur.
Nas di atas menunjukkan: Setelah Rasulullah s.a.w. ditanya oleh `Aishah r.a. mengenai azab kubur dan Baginda menjawab: Ya, maka selepas itu `Aishah r.a melihat Rasulullah s.a.w. selepas sembahyang sentiasa berlindung dari azab kubur.
Hadith yang lain:
عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، أَخْبَرَنِي عُرْوَةُ بْنُ الزُّبَيْرِ: أَنَّهُ سَمِعَ أَسْمَاءَ بِنْتَ أَبِي بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، تَقُولُ: «قَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَطِيبًا فَذَكَرَ فِتْنَةَ القَبْرِ الَّتِي يَفْتَتِنُ فِيهَا المَرْءُ، فَلَمَّا ذَكَرَ ذَلِكَ ضَجَّ المُسْلِمُونَ ضَجَّةً»
صحيح البخاري (2 / 98):
Bermaksud: Daripada Ibn Shihab katanya, `Urwah bin al-Zubayr mengkhabarkan kepada aku bahawasanya beliau mendengar Asma’ binti Abu Bakr r.a berkata: Rasulullah s.a.w. bangun berkhutbah lalu Baginda menyebut mengenai fitnah kubur yang akan berlaku kepada seseorang maka apabila Baginda menyebut yang demikian itu orang ramai pun riuh rendah.
Hadith di atas menunjukkan Rasulullah s.a.w. dalam salah satu dari khutbah-khutbah Baginda ada menyebut fitnah kubur yang akan  berlaku kepada seseorang.
Hadith yang lain:
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّهُ حَدَّثَهُمْ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: " إِنَّ العَبْدَ إِذَا وُضِعَ فِي قَبْرِهِ وَتَوَلَّى عَنْهُ أَصْحَابُهُ، وَإِنَّهُ [ص:99] لَيَسْمَعُ قَرْعَ نِعَالِهِمْ، أَتَاهُ مَلَكَانِ فَيُقْعِدَانِهِ، فَيَقُولاَنِ: مَا كُنْتَ تَقُولُ فِي هَذَا الرَّجُلِ لِمُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَمَّا المُؤْمِنُ، فَيَقُولُ: أَشْهَدُ أَنَّهُ عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ، فَيُقَالُ لَهُ: انْظُرْ إِلَى مَقْعَدِكَ مِنَ النَّارِ قَدْ أَبْدَلَكَ اللَّهُ بِهِ مَقْعَدًا مِنَ الجَنَّةِ، فَيَرَاهُمَا جَمِيعًا - قَالَ قَتَادَةُ: وَذُكِرَ لَنَا: أَنَّهُ يُفْسَحُ لَهُ فِي قَبْرِهِ، ثُمَّ رَجَعَ إِلَى حَدِيثِ أَنَسٍ - قَالَ: وَأَمَّا المُنَافِقُ وَالكَافِرُ فَيُقَالُ لَهُ: مَا كُنْتَ تَقُولُ فِي هَذَا الرَّجُلِ؟ فَيَقُولُ: لاَ أَدْرِي كُنْتُ أَقُولُ مَا يَقُولُ النَّاسُ، فَيُقَالُ: لاَ دَرَيْتَ وَلاَ تَلَيْتَ، وَيُضْرَبُ بِمَطَارِقَ مِنْ حَدِيدٍ ضَرْبَةً، فَيَصِيحُ صَيْحَةً يَسْمَعُهَا مَنْ يَلِيهِ غَيْرَ الثَّقَلَيْنِ "
صحيح البخاري (2 / 98):
Bermaksud: Daripada Anas bin Malik r.a. bahawasanya beliau menyampaikan Hadith kepada mereka, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Bahawasanya seseorang hamba itu apabila diletakkan dalam kuburnya, dan sahabat-sahabatnya (yang menghantarnya) beredar daripadanya, dan dia mendengar hentakkan kasut mereka, datanglah kepadanya dua malaikat lalu kedua-duanya mendudukkannya dan berkata: Apa engkau kata mengenai lelaki ini, mengenai Muhammad s.a.w.? Adapun orang Mukmin maka dia akan berkata: Aku menyaksi bahawasanya Dia adalah hamba Allah dan Rasul-Nya, lalu dikatakan kepadanya: Lihatlah kepada tempat dudukmu di neraka sesungguhnya Allah telah menukarkannya untukmu satu tempat duduk di syurga, lalu dia melihat kedua-duanya semua sekali. Qatadh berkata: Dia menyebut kepada kami, bahawasanya orang yang dikebumikan itu diluaskan kuburnya. Kemudian kembali kepada riwayat Anas r.a. Baginda bersabda: Adapun orang munafik dan orang kafir maka dikata kepadanya: Apa engkau kata mengenai lelaki ini? Lalu dia menjawab: Aku tidak tahu, aku kata apa yang dikatakan oleh orang ramai. Maka dikatakan kepadanya: Engkau tidak tahu dan engkau tidak membaca, lalu orang itu dipukul dengan beberapa batang besi dengan sekali pukul maka dia melaung dengan sekuat-kuatnya yang dapat didengar oleh yang disekeliling kecuali manusia dan jin. (al-thaqalin).

Nas di atas menunjukkan orang munafiq dan orang kafir mereka tidak dapat menjawab soalan malaikat lalu mereka dipukul dengan besi lalu melaung dengan sekuat-kuatnya yang didengar oleh yang disekitarnya kecuali manusia dan jin. Ini jelas menunjukkan adanya azab kubur.
Hadith yang lain:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدْعُو وَيَقُولُ: «اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ، وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ، وَمِنْ فِتْنَةِ المَحْيَا وَالمَمَاتِ، وَمِنْ فِتْنَةِ المَسِيحِ الدَّجَّالِ»
صحيح البخاري (2 / 99):
Bermaksud: Daripada Abu Hurayrah r.a. katanya: Adalah Rasulullah s.a.w. Baginda berdoa dan berkata: Ya Allah! Bahawasanya aku berlindung kepada-Mu dari azab kubur, dari azab neraka, dari fitnah hidup dan mati dan dari fitnah al-Masih al-Dajjal.
Hadith di atas menunjukkan di antaranya, bahawa  Rasulullah s.a.w. berlindung kepada Allah dari azab kubur.
Hadith yang lain:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقَبْرَيْنِ، فَقَالَ: «إِنَّهُمَا لَيُعَذَّبَانِ، وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ، أَمَّا أَحَدُهُمَا فَكَانَ لاَ يَسْتَتِرُ مِنَ البَوْلِ، وَأَمَّا الآخَرُ فَكَانَ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ» ثُمَّ أَخَذَ جَرِيدَةً رَطْبَةً، فَشَقَّهَا نِصْفَيْنِ، فَغَرَزَ فِي كُلِّ قَبْرٍ وَاحِدَةً، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، لِمَ فَعَلْتَ هَذَا؟ قَالَ: «لَعَلَّهُ يُخَفِّفُ عَنْهُمَا مَا لَمْ يَيْبَسَا»
صحيح البخاري (1 / 54):
Bermaksud: Daripada Ibn `Abbas katanya Nabi s.a.w. lalu di dua kubur, lalu Baginda bersabda: Kedua-dua penghuninya sedang diseksa, kedua-duanya bukan diseksa kerana sesuatu yang memberatkan. Adapun salah satu daripada kedua-duanya orang itu tidak menjaga dari kencingnya, adapun yang satu lagi dia berjalan dengan menyebarkan perbuatan membatu api.
Hadith di atas dengan jelas menunjukkan kepada ada azab kubur.
Nabi s.a.w. lalu di dua kubur, lalu Baginda bersabda: Kedua-dua penghuninya sedang diseksa
Hadith yang lain:
عَنِ البَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: " إِذَا أُقْعِدَ المُؤْمِنُ فِي قَبْرِهِ أُتِيَ، ثُمَّ شَهِدَ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، فَذَلِكَ قَوْلُهُ: {يُثَبِّتُ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا بِالقَوْلِ الثَّابِتِ} [إبراهيم: 27] " حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، حَدَّثَنَا غُنْدَرٌ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ بِهَذَا - وَزَادَ - {يُثَبِّتُ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا} [إبراهيم: 27] نَزَلَتْ فِي عَذَابِ القَبْرِ
صحيح البخاري (2 / 98):
Bermaksud: Daripada al-Bara’ bin `Adhib r.a. Daripada Nabi s.a.w. sabdanya: Apabila seorang Mukmin didudukkan dalam kuburnya lalu didatangkan kepadanya, kemudian dia menyaksi tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammada itu adalah Rasul Allah. Yang demikian itu adalah firman Allah: Allah menetapkan kepada mereka yang beriman dengan perkataan yang tetap. ... Shu`bah menambah  يُثَبِّتُ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا  adalah diturunkan mengenai azab kubur.

Hadith di atas menunjukkan kepada adanya azab kubur kerana firman Allah:
  يُثَبِّتُ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا  adalah diturunkan mengenai azab kubur.
Hadith yang lain:
حَدَّثَنِيهِ زَيْدُ بْنُ ثَابِتٍ، قَالَ: بَيْنَمَا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي حَائِطٍ لِبَنِي النَّجَّارِ، عَلَى بَغْلَةٍ لَهُ وَنَحْنُ مَعَهُ، إِذْ حَادَتْ بِهِ فَكَادَتْ تُلْقِيهِ، وَإِذَا أَقْبُرٌ سِتَّةٌ أَوْ خَمْسَةٌ أَوْ أَرْبَعَةٌ – قَالَ: كَذَا كَانَ يَقُولُ الْجُرَيْرِيُّ – فَقَالَ: «مَنْ يَعْرِفُ أَصْحَابَ هَذِهِ الْأَقْبُرِ؟» فَقَالَ رَجُلٌ: أَنَا، قَالَ: فَمَتَى مَاتَ هَؤُلَاءِ؟ " قَالَ: مَاتُوا فِي الْإِشْرَاكِ، فَقَالَ: «إِنَّ هَذِهِ الْأُمَّةَ تُبْتَلَى فِي قُبُورِهَا، فَلَوْلَا أَنْ لَا تَدَافَنُوا، لَدَعَوْتُ اللهَ أَنْ يُسْمِعَكُمْ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ الَّذِي أَسْمَعُ مِنْهُ» ثُمَّ أَقْبَلَ عَلَيْنَا بِوَجْهِهِ، فَقَالَ: «تَعَوَّذُوا بِاللهِ مِنْ عَذَابِ النَّارِ» قَالُوا: نَعُوذُ بِاللهِ مِنْ عَذَابِ النَّارِ، فَقَالَ: «تَعَوَّذُوا بِاللهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ» قَالُوا: نَعُوذُ بِاللهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، قَالَ: «تَعَوَّذُوا بِاللهِ مِنَ الْفِتَنِ، مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ» قَالُوا: نَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الْفِتَنِ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، قَالَ: «تَعَوَّذُوا بِاللهِ مِنْ فِتْنَةِ الدَّجَّالِ» قَالُوا: نَعُوذُ بِاللهِ مِنْ فِتْنَةِ الدَّجَّالِ
صحيح مسلم (4 / 2199):
Bermaksud: Zaid bin Thabit menyampaikan kepada aku katanya, sedang Nabi s.a.w. berada di kawasan Bani al-Najjar menunggang kenderaannya iaitu seekor baghlah dan kami bersama-samanya, tiba-tiba binatang itu menjadi liar hampir mencampakkan Baginda, tiba-tiba terdapat beberapa kubur, enam, lima atau empat. Katanya, begitulah yang dikatakan oleh al-Jurayri, lalu Baginda bersabda: Siapa yang mengetahui orang yang dikuburkan ini? Lalu seorang lelaki menjawab: Aku. Baginda bertanya: Bila mereka mati? Jawab lelaki tersebut: Mereka mati dalam  menyekutukan Allah, lalu Nabi s.a.w. bersabda: Bahawasanya umat ini diseksa dalam kuburnya, kalaulah tidak takut bahawa kamu tidak dikuburkan nescaya aku berdoa kepada Allah untuk memperdengarkan kamu sebahagian dari  azab kubur yang aku mendengarnya. Kemudian Baginda menghadap kapada kami dengan mukanya dan bersabda: Berlindunglah kepada Allah dari azab kubur lalu mereka berkata: Kami berlindung kepada Allah dari azab kubur maka sabdanya lagi: Berlindunglah kamu kepada Allah dari azab kubur maka mereka berkata: Kami berlindung kepada Allah dari azab kubur.

Sabda Baginda: Berlindunglah kepada Allah dari azab kubur lalu mereka berkata: Kami berlindung kepada Allah dari azab kubur maka sabdanya lagi: Berlindunglah kamu kepada Allah dari azab kubur maka mereka berkata: Kami berlindung kepada Allah dari azab kubur adalah jelas menunjukkan adanya azab kubur.
Hadith yang lain:
سَمِعْتُ عَوْفَ بْنَ مَالِكٍ، يَقُولُ: صَلَّى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى جَنَازَةٍ، فَحَفِظْتُ مِنْ دُعَائِهِ وَهُوَ يَقُولُ: «اللهُمَّ، اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ - أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ -» قَالَ: «حَتَّى تَمَنَّيْتُ أَنْ أَكُونَ أَنَا ذَلِكَ الْمَيِّتَ»
صحيح مسلم (2 / 662):
Bermaksud: Daripada `Awf bin Malik katanya: Rasulullah s.a.w. menyembahyangkan jenazah maka aku hafaz di antara doanya, Baginda melafazkan:
«اللهُمَّ، اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ - أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ
Bermaksud: Ya Allah! Ampunkanlah baginya, rahmatilah dia, selamat sejahterakanlah dia dan ampunilah dia, Muliakanlah kedatangannya, luaskanlah tempat memasukkannya, mandikanlah dia dengan air yang nyaman sejuk, bersihkanlah dia dari dosa-dosa sebagaimana Engkau bersihkan kain putih dari kekotoran. Tukarkanlah untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya, keluarga yang lebih baik dari keluarganya, isteri yang lebih baik dari isterinya, dan masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari azab kubur.

Katanya: sehingga aku bercita-cita bahawa aku adalah mayat itu.
Dalam Hadith di atas menunjukkan di anta doa Rasulullah s.a.w. kepada jenazah yang disembahyangkannya ialah وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ Bermaksud: lindungi dia dari azab kubur.
Di atas adalah sebahagian kecil dari Hadith-Hadith mengenai azab kubur. Hadith-Hadith di atas adalah diriwayatkan oleh Imam al-Bukari dalam Sahihnya dan Imam Muslim dalam sahihnya yang tidak boleh dipertikaikan kesahihannya.

Pandangan ulama mengenai azab kubur.
Kata al-Shaykh Imam al-Kattani dalam Naz al-Mutanathir ada menyebut mengenai soal dua malaikat kepada orang yang mati dalam kubur dan fitnah kubur adalah diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. oleh 26 orang.
Katanya lagi: Dalam kitab: Sarh al-Sudur  شرح الصدور  bahawa Hadith mengenai fitnah kubur dan soal dua malaikat adalah mutawatir. Begitu juga dari pengarang yang sama dalam kitab Nazm al-Tathbit  نظم التثبيت : Hadith mengenainya adalah mutawatir, ia sampai kepada 70 Hadith. Menurut al-Fasi dan lainnya mutawatirnya adalah ma`nawi, bukan lafzi kerana Hadith-Hadith itu bersepakat atau sama  dari segi makna, bukan lafaz. Kata Imam al-Kattani lagi: Ibn al-Qayyim dalam kitab al-Ruh berkata: Hadith azab kubur dan soal Munkar dan Nakir adalah banyak lagi mutawatir daripada Nabi s.a.w. Kata Imam al-Kattani lagi: Dalam Sharh al-Risalah oleh al-Qalshani     القلشاني  menyebut: Hadith-Hadith mengenai fitnah kubur dan azab kubur sampai kepada mutawatir.
Imam al-Kattani juga menukil dari al-Ubbi dalam Sharh Muslim yang menyebut bahawa fitnah kubur dan azabnya telah ijmak ke atasnya oleh Ahli al-Haq ia adalah mutawatir. Kata Imam al-Kattani lagi yang memetik dari al-Sa`d dalam Sharh al-Nasafiyyah mengenai azab kubur dan soal Munkar dan Nakir … Ringkasnya, Hadith mengenainya adalah mutawatir maknawi sekalipun satu-satunya tidak sampai kepada mutawatir.نظم المتناثر (1 123):

Di atas adalah sebahagian dari kenyataan-kenyataan ulama mengenai Hadith azab kubur. Hadith mengenainya adalah mutawatir ma`nawi yang tidak dipertikaikan kesahihannya.

al-Hafiz Ibn Rajab berkata dalam kitabnya: Ahwal al-Qubur  
 :أهوال القبور
قد تواترت الأحاديث عن النبي صلى الله عليه وسلم في عذاب القبر.
عذاب القبر ثابت بالقرآن والسنة المتواترة . إسلام ويب .
الثلاثاء 15 ذو الحجة 1425 - 25-1-2005 
Bermaksud:  Sesungguhnya telah mutawatir Hadith-Hadith daripada Nabi s.a.w. mengenai azab kubur.
Kenyataan al-Hafiz Ibn Rajab di atas menunjukkan Hadith mengenai azab kubur adalah mutawatir.
Apabila mutawatir maka wajib berpegang dan wajib mempercayainya.
Ibn al-Jawzi berkata:
تتبعت الأحاديث المتواترة فبلغت جملة . منها حديث الشفاعة وحديث الحساب وحديث النظر إلى الله تعالى في الآخرة وحديث غسل الرجلين في الوضوء وحديث عذاب القبر وحديث المسح على الخفين اهـ
نظم المتناثر (1 / 20):
Bermaksud: Aku telah mengikuti/membaca dan meneliti tentang Hadith-Hadith mutawatir maka bilangannya sampai satu himpunan. Di antaranya Hadith al-Shafa`ah, Hadith al-Hisab, Hadith melihat Allah s.a.t. di akhirat, Hadith membasuh kaki ketika berwuduk, Hadith azab kubur dan Hadith menyapu khuf.

Kenyataan Ibn al-Jawzi di atas menunjukkan di antara Hadith Mutawatir ialah Hadith azab kubur.
 Apabila mutawatir maka wajib berpegang dan wajib percaya dengannya.
Imam al-Ghazali:                                                                                                             
Imam al-Ghazali dalam kitabnya al-Iqtisad Fi al-I`tiqad    الاقتصاد والاعتقاد menjelaskan Hadith azab kubur adalah mutawatir. (al-Ghazali 1962, 109)
Apabila mutawatir maka wajib berpegang dan wajib percaya dengannya.

Imam Ibn al-Qayyim                                                                
 Ibn al-Qayyim dalam Mukhtasr al-Sawa`q al-Mursalah
مختصر الصواعق المرسلة ( berkata:
: إن حديث عذاب القبر من المتواتر
(ابن قيم الجوزية بدون تاريخ، 2: 356
Bermaksud: Bahawasanya azab kubur ada dari kalangan hadith mutawatir.
Apabila mutawatir maka wajib berpegang dan wajib percaya dengannya
Kata Ibn kathir:
وَأَحَادِيثُ عَذَابِ الْقَبْرِ كَثِيرَةٌ جِدًّا.
تفسير ابن كثير ت سلامة (7 / 147):
Bermaksud: Hadith-Hadith mengenai azab kubur adalah amat banyak.
Dalam kenyataan di atas Ibn Kathir menjelaskan bahawa Hadith azab kubur adalah amat banyak.
Apabila demikian keadaannya maka wajib berpegang dan wajib percaya dengannya.
Dalam
شرح الطحاوية للراجحي
menyebut:
وأما السنة: فقد تواترت الأخبار عن رسول الله صلى الله عليه وسلم في ثبوت عذاب القبر، ونعيمه لمن كان لذلك أهلا، تواترت معنى لا لفظا، وهو يفيد اليقين، فيجب اعتقاد ثبوت ذلك والإيمان به، ولا يتكلم في كيفيته، إذ ليس للعقل وقوفا على كيفيته، ومن هذه الأدلة:
(Sharh al-Tahayiyah.1: 302.).
Bermaksud: Adapun al-Sunnah maka telah pun mutawatir Hadith-Hadith daripada Rasulullah s.a.w. mengenai azab kubur, nekmat kubur bagi orang yang layak untuknya, ia adalah mutawatir secara makna bukan lafaz, ia membawa kepada perkhabaran yang yakin maka wajib beri`tiqad denganya dan beriman dengannya…
Kenyataan al-Rajihi di atas menyatakan bahawa: Azab kubur adalah sabit secara mutawatir. Mutawatirnya adalah mutawatir ma`nawi iaitu mutawatir dari segi makna. Ia membawa kepada yakin maka wajib beri`tiqad kesabitannya dan beriman dengannya.

Dalam kitab al-Mu`tasar Min al-Mukhtasar ada menyebut:
وعن علي رضي الله عنه قال كنا نشك في عذاب القبر حتى نزلت {أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ} فيه اثبات عذاب القبر ورويت عن النبي صلى الله عليه وسلم آثار متواترة باستعاذته منه
المعتصر من المختصر من مشكل الآثار (1 / 115
Bermaksud: Daripada Saidina Ali r.a. katanya: Kami ragu mengenai azab kubur sehinggalah turun ayat {أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ Dalam ayat ini mengisahkan adanya azab kubur, dan telah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. Hadith-Hadith yang mutawatir bahawa Nabi s.a.w. berlindung darinya.
Kenyataan di atas menunjukkan kepada sabit azab kubur dan riwayat mengenainya adalah mutawatir.
Apabila mutawatir maka wajib berpegang dan wajib percaya dengannya

Imam al-Nawawi berkata:
وَمَذْهَبُ أَهْلِ الْحَقِّ إثْبَاتُ عَذَابِ الْقَبْرِ لِلْكُفَّارِ وَلِمَنْ شَاءَ اللَّهُ مِنْ الْعُصَاةِ
المجموع شرح المهذب (5 / 323):
Bermaksud: Mazhab Ahli al-Haq ialah mengisbatkan adanya azab kubur bagi orang kafir dan bagi orang yang dikehendaki oleh Allah dari kalangan orang Mukmin yang derhaka.
Kenyataan di atas menjelaskan bahawa: Mazhab Ahli al-Haq adalah mengisbatkan azab kubur bagi orang kafir dan kepada orang yang Allah kehendaki dari kalangan Mukmin yang derhaka.
 Apabila sabit maka wajib berpegang dan wajib mempercayainya.
Katanya lagi:
مذهب أهل السنة إثبات عذاب القبر وقد تظاهرت عليه الأدلة  من الكتاب والسنة ( آبادي 1969، 13: 88)
Bermaksud: Mazhab Ahli al-Sunnah adalah mengisbatkan azab kubur. Dalil-dalilnya adalah nyata dari al-Quran dan Sunnah.
Kata Imam al-Fakhr al-Razi ketika mentafsirkan ayat al-Quran:
{وَحَاقَ بِآلِ فِرْعَوْنَ سُوءُ الْعَذَابِ (45) النَّارُ يُعْرَضُونَ عَلَيْهَا غُدُوًّا وَعَشِيًّا وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ أَدْخِلُوا آلَ فِرْعَوْنَ أَشَدَّ الْعَذَابِ (46) } [غافر: 45 - 47]
Berkata:
احْتَجَّ أَصْحَابُنَا بِهَذِهِ الْآيَةِ عَلَى إِثْبَاتِ عَذَابِ الْقَبْرِ قَالُوا الْآيَةُ تَقْتَضِي عَرْضَ النَّارِ عَلَيْهِمْ غُدُوًّا وَعَشِيًّا، وَلَيْسَ الْمُرَادُ مِنْهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لِأَنَّهُ قَالَ: وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ أَدْخِلُوا آلَ فِرْعَوْنَ أَشَدَّ الْعَذابِ، وَلَيْسَ الْمُرَادُ مِنْهُ أَيْضًا الدُّنْيَا لِأَنَّ عَرْضَ النَّارِ عَلَيْهِمْ غُدُوًّا وَعَشِيًّا مَا كَانَ حَاصِلًا فِي الدُّنْيَا، فَثَبَتَ أَنَّ هَذَا الْعَرْضَ إِنَّمَا حَصَلَ بَعْدَ الْمَوْتِ وَقَبْلَ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَذَلِكَ يَدُلُّ عَلَى إِثْبَاتِ عَذَابِ الْقَبْرِ فِي حَقِّ هؤلاء، وإذ ثَبَتَ فِي حَقِّهِمْ ثَبَتَ فِي حَقِّ غَيْرِهِمْ لِأَنَّهُ لَا قَائِلَ بِالْفَرْقِ،
تفسير الرازي = مفاتيح الغيب أو التفسير الكبير (27 / 521)
Sahabat-sahabat kami (ahli al-sunnah) berhujjah dengan ayat ini bahawa azab kubur itu sabit. Mereka berkata: Ayat ini menunjukkan, dibentangkan api kepada keluarga Fir`awn pagi dan petang. Maksud di sini bukan pada Hari Kiamat kerana Allah berfirman: وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ أَدْخِلُوا آلَ فِرْعَوْنَ أَشَدَّ الْعَذابِ،
Dan juga bukan di dunia kerana perkara itu tidak berlaku di dunia. Oleh itu perkara itu berlaku setelah mati sebelum Hari Kiamat. Dengan ini ia sebagai dalil menunjukkan sabit azab kubur kepada mereka. Apabila sabit kepada mereka maka sabit juga kepada orang lain.

Dalam kitab al-Binayah Sharh al-Hidayah menyebut:
فليتعوذ بالله من أربع، من عذاب جهنم ومن عذاب القبر ومن فتنة المحيا والممات ومن شر فتنة المسيح الدجال» ، انتهى فهذه السنة الثابتة عن النبي - عَلَيْهِ السَّلَامُ
البناية شرح الهداية (2 / 558
Bermaksud: Maka dia hendaklah berlindung kepada Allah daripada empat perkara, dari azab neraka jahannan, dari fitnah hidup dan mati dan dari kejahatan fitnah al-Masih al-Dajjjal.
Kenyataan di atas menunjukkan Hadith mengenai azab kubur adalah sabit daripada Rasulullah s.aw.
Apabila sabit, maka wajib berpegang dengannya dan wajib percaya dengannya.
Imam al-Ghazali berkata  dalam الاقتصاد والاعتقاد :
في باب بيان وجوب التصديق من عذاب القبروالصراط والميزان ( الغزالي 1962 ، 108-111)
Perkataan Imam al-Ghazali di atas menunjukkan wajib mempercayai azab kubur.
Kata al-Bazdawi dalam Usul al-Bazdawi:

فأما الآحاد في أحكام الآخرة فمن ذلك ما هو مشهور، ومن ذلك ما هو دونه لكنه يوجب ضربا من العلم،  وفيه ضرب من العمل أيضا، وهو عقد القلب عليه (البزدوي 1308، 2: 386)
Kata Abd al-Aziz al-Bukhari menerangkan perkataan al-Bazdawi mengenai habar ahad yang berkaitan dengan akhirat
وهو عقد القلب عليه: وإذا كان كذلك  جاز أن يكون  خبر الو احد موجبا للاعتقاد الذي هو عمل القلب وإن لم يكن موجبا للعلم. (البخاري 1308 ه،2: 377)
فالإمام أبو حنيفة ومن تبعه من الحنفية يقولون بحقيقة رؤية الله في الآخرة بالأبصار وحقيقة عذاب القبر ويقولون بأن إعادة الروح إلى العبد في قبره حق،  وضغطة القبر حق كائن للكفار كلهم أجمعين ولبعض المسلمين ( البزدوي، البخاري 1308، 2: 11)
Kenyataan di atas menunjukkan: al-Bazdawi dan juga Abd al-Aziz al-Bukhari yang keduanya in

 adalah dari mazhab Hanafi mengatakan perkara-perkara yang berkaitan dengan akhirat yang termasuk pada melihat Allah di akhirat dan azab kubur adalah benar dan wajib beri`tiqad dengannya.
Kata Imam al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari: Semua Ahli al-Sunnah mengatakan adalah sabit wujud azab kubur itu.. (Ibn Hajar t.t. 3: 233)
Sabit wujud adalah menunjukkan wajib berpegang dan wajib mempercayainya.

Hukum orang yang menolak azab kubur

Dari apa yang telah dijelaskan di atas jelas menunjukkan kebanyakkan ulama mengatakan bahawa Hadith mengenai azab kubur adalah mutawatir. Walau bagaimanapun ada juga yang mengatakan Hadith mengenainya adalah Ahad, tetapi wajib beri`tiqad dengannya. Oleh itu semua ulama Ahli al-Sunnah berpendapat: Wajib percaya dengan adanya azab kubur.  Oleh itu orang yang mengatakan tidak wajib percaya dengan adanya azab kubur adalah ahli bid’ah, keluar dari peganggan Ahli al-Sunnah Wa al-Jama`ah dan wajib ditolak.