Dahsyatnya disiksa dalam neraka

Disediakan oleh
Ustaz Dr. Udah Mohsin.

ALANGKAH DAHSYATNYA ORANG YANG DISIKSA DALAM NERAKA.

Di antara nas-nas mengenainya:
Firman Allah s.w.t:
{إِنَّا أَعْتَدْنَا لِلظَّالِمِينَ نَارًا أَحَاطَ بِهِمْ سُرَادِقُهَا وَإِنْ يَسْتَغِيثُوا يُغَاثُوا بِمَاءٍ كَالْمُهْلِ يَشْوِي الْوُجُوهَ بِئْسَ الشَّرَابُ وَسَاءَتْ مُرْتَفَقًا  [الكهف: 29،
Bermaksud: Bahawasanya Kami sediakan kepada  mereka yang zalim,  api yang keluasannya meliputi mereka (mereka diliputi api), dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga mereka diberi pertolongan dengan air seperti tembaga cair yang amat panas, membakar mulut, ia adalah seburuk-buruk minuman, dan neraka itu adalah seburuk-buruk tempat rehat.

Firman-Nya lagi:

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُمْ بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ } [النساء: 56
Bermaksud: Bahawasanya mereka yang kafir iaitu yang ingkar terhadap ayat-ayat Kami, Kami akan masukkan mereka ke dalam neraka, setiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan mereka kulit yang lain supaya mereka merasai azab sangsara itu.

Firman-Nya lagi:
{وَتَرَى الْمُجْرِمِينَ يَوْمَئِذٍ مُقَرَّنِينَ فِي الْأَصْفَادِ (49) سَرَابِيلُهُمْ مِنْ قَطِرَانٍ وَتَغْشَى وُجُوهَهُمُ النَّارُ (50)} [إبراهيم: 49، 50
Bermaksud: Dan engkau melihat mereka yang berdosa, ketika itu diberkas dengan belenggu. Pakaian mereka dari minyak tar dan muka mereka diliputi api.

Firman-Nya lagi:
 ثُمَّ إِنَّكُمْ أَيُّهَا الضِّآلُّونَ الْمُكَذِّبُونَ.لآكِلُونَ مِن شَجَرٍ مِّن زَقُّومٍ.فَمَالِئُونَ مِنْهَا الْبُطُونَ.فَشَارِبُونَ عَلَيْهِ مِنَ الْحَمِيمِ.فَشَارِبُونَ شُرْبَ الْهِيمِ. } [الواقعة:51-56]،
Bermaksud: Kemudian, Bahawasanya kamu, wahai orang sesat lagi pendusta! Sesungguhnya kamu tetap makan dari sebatang pokok Zaqqum, kamu penuhkan perut kamu darinya, kemudian kamu minum air panas menggelegak, maka kamu minum seperti unta yang dahaga.

Mengenai pokok zaqqum Allah berfirman:
{ إِنَّ شَجَرَتَ الزَّقُّومِ (43) طَعَامُ الْأَثِيمِ (44) كَالْمُهْلِ يَغْلِي فِي الْبُطُونِ (45) كَغَلْيِ الْحَمِيمِ (46 [الدخان:]
Bermaksud: Bahawasanya pokok Zaqqum itu, makanan orang yang berdosa, seperti tembaga cair yang amat panas menggelegak dalam perut, seperti gelegakan air yang amat panas.

Firman-Nya lagi:
خُذُوهُ فَاعْتِلُوهُ إِلَى سَوَاءِ الْجَحِيمِ (47) ثُمَّ صُبُّوا فَوْقَ رَأْسِهِ مِنْ عَذَابِ الْحَمِيمِ} [الدخان:
Bermaksud: (Allah perintahkan kepada malaikat penjaga neraka): Ambilah orang yang berdosa ini, dan seretlah dia ke tengah-tengah neraka. Kemudian tuangkanlah di atas kepalanya azab seksa dari air panas yang menggelegak.
Firman-Nya lagi:
{ وَسُقُوا مَاءً حَمِيمًا فَقَطَّعَ أَمْعَاءَهُمْ (15) } [محمد: ،]
Bermaksud: Dan mereka diberi minum air panas menggelegak maka air itu 
memutuskan isi perut mereka.
Firman-Nya lagi:
{ مِّن وَرَآئِهِ جَهَنَّمُ وَيُسْقَى مِن مَّآءٍ صَدِيدٍ.يَتَجَرَّعُهُ وَلاَ يَكَادُ يُسِيغُهُ وَيَأْتِيهِ الْمَوْتُ مِن كُلِّ مَكَانٍ وَمَا هُوَ بِمَيِّتٍ وَمِن وَرَآئِهِ عَذَابٌ غَلِيظٌ } [إبراهيم:16-17]،
Bermaksud: Di belakangnya disediakan neraka Jahanam, dan dia diberi minum dari air danur (yang keluar dari tubuh ahli neraka), dia meminumnya dengan terpaksa dan hampir-hampir tidak dapat diterima oleh tekaknya, dan dia didatangi oleh penderitaan maut dari segala arah, sedangkan dia tidak pula mati, dan selain dari itu ada lagi azab yang amat berat menunggunya.

Firman-Nya lagi:
{ إِنَّ الْمُجْرِمِينَ فِي عَذَابِ جَهَنَّمَ خَالِدُونَ.لاَ يُفَتَّرُ عَنْهُمْ وَهُمْ فِيهِ مُبْلِسُونَ.وَمَا ظَلَمْنَاهُمْ وَلَـكِن كَانُواْ هُمُ الظَّالِمِينَ } [الزخرف:74-76].
Bermaksud: Bahawasanya mereka yang melakukan kesalahan berada dalam azab neraka Jahanam, mereka kekal dalamnya, tidak dikurangkan sedikit pun dari mereka (azab itu), mereka berada dalam azab itu dengan berputus asa. Kami tidak menzalimi mereka, tetapi merekalah yang zalim

ORANG YANG PALING RINGAN AZABNYA DI NERAKA.

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «أَهْوَنُ أَهْلِ النَّارِ عَذَابًا أَبُو طَالِبٍ، وَهُوَ مُنْتَعِلٌ بِنَعْلَيْنِ يَغْلِي مِنْهُمَا دِمَاغُهُ»
صحيح مسلم (1 / 196):

Bermaksud: Daripada Ibn `Abbas bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Ahli neraka yang paling ringan azabnya ialah Abu Talib, sedangkan dia memakai dua kasut (dari api neraka, manakala badannya di atas api) dari dua kasut tadi menggelegak otak kepalanya.

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ الْحَارِثِ، قَالَ: سَمِعْتُ الْعَبَّاسَ، يَقُولُ: قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ، إِنَّ أَبَا طَالِبٍ كَانَ يَحُوطُكَ وَيَنْصُرُكَ فَهَلْ نَفَعَهُ ذَلِكَ؟ قَالَ: «نَعَمْ، وَجَدْتُهُ فِي غَمَرَاتٍ مِنَ النَّارِ، فَأَخْرَجْتُهُ إِلَى ضَحْضَاحٍ» .
صحيح مسلم (1 / 195):

Bermaksud: Daripada Abdullah bin al-Harith katanya: Aku mendengar al-`Abbas berkata: Wahai Rasulullah! Bahawasanya Abu Talib itu dia mempertahankan, mengawalmu dan menjagamu. Adakah itu memberi manfaat kepadanya? Jawab Baginda: Ya. Aku mendapatinya di tengah-tengah dari neraka, lalu aku keluarkannya sehingga tapak kakinya ??? (berada dalam neraka.).

Apabila telah diketahui dahsyatnya azab nereka itu maka tidak ada jalan lain selain dari kita mesti menyalamatkan diri kita dari azab yang dahsyat itu . Kita mesti taat kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya. Perkara-perkara diperintahkan mestilah dilaksanakan. Solat fardu lima waktu jangan sekali-kali ditinggalkan. Begitu juga dengan yang lainnya.  Perkara-perkara yang dilarang apatah lagi dosa-dosa besar, seperti zina, minum arak, mencuri, mengambil harta tanpa hak, risywah   dan lain-lain mesti dijauhi. Apatah lagi sesuatu yang menjadikan seseorang itu kekal dalam neraka iaitu kufur, orang-nya ialah kafir. Orang kafir kekal dalam neraka. Termasuk dalam orang kafir ialah musyrik dan munafiq. Mengingkari, mempersenda, mempermain-mainkan sesuatu yang telah sabit dengan jelas dari al-Quran adalah menjadikan seseorang itu kafir.


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه  اجمعين.  والحمد لله رب العالمين