BACAAN KETIKA IKTIDAL

Dr. Udah Mohsin

Bacaan  ketika iktidal

JIka orang bertanya, saya solat di al-Masjid al-Haram, qiyamnya lama, sujudnya lama tahiyyatnya lama, i`tidal pun lama. Saya tidak tahu apa yang saya hendak baca ketika i`tidal yang begitu lama. Yang saya tahu ialah membaca:
رَبَّنَا لَكَ الحَمْدُ  sahaja.
Untuk menjawabnya, renungilah Hadith-Hadith di bwah ini.

عن أبى هُرَيْرَةَ، يَقُولُ: " كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَامَ إِلَى الصَّلاَةِ يُكَبِّرُ حِينَ يَقُومُ، ثُمَّ يُكَبِّرُ حِينَ يَرْكَعُ، ثُمَّ يَقُولُ: سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ، حِينَ يَرْفَعُ صُلْبَهُ مِنَ الرَّكْعَةِ، ثُمَّ يَقُولُ وَهُوَ قَائِمٌ: رَبَّنَا لَكَ الحَمْدُ "
صحيح البخاري (1 / 157
Bermaksud: Daripada Abu Hurayrah r.a. katanya: Adalah Rasulullah s.a.w. apabila Baginda bangun untuk solat, Baginda bertakbir ketika bangun, kemudian Baginda bertakbir ketika rukuk, kemundian menyebut:  سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ  ketika mengangkat belakang badannya dari sesatu rakaat, kemudia Baginda membaca: رَبَّنَا لَكَ الحَمْدُ ketika Baginda berdiri tegak.
Hadith yang lain:
عَنْ رِفَاعَةَ بْنِ رَافِعٍ الزُّرَقِيِّ، قَالَ: " كُنَّا يَوْمًا نُصَلِّي وَرَاءَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَلَمَّا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ الرَّكْعَةِ قَالَ: سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ "، قَالَ رَجُلٌ وَرَاءَهُ: رَبَّنَا وَلَكَ الحَمْدُ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ، فَلَمَّا انْصَرَفَ، قَالَ: «مَنِ المُتَكَلِّمُ» قَالَ: أَنَا، قَالَ: «رَأَيْتُ بِضْعَةً وَثَلاَثِينَ مَلَكًا يَبْتَدِرُونَهَا أَيُّهُمْ يَكْتُبُهَا أَوَّلُ»
صحيح البخاري (1 / 159)

Bermaksud: Daripada Rifa`ah bin Rafi` al-Zuraqi r.a. katanya: Pada satu hari kami solat di belakang Nabi s.a.w. maka apabila Baginda mengangkat kepalanya dari satu rakaat Baginda menyebut:
سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ  
maka berkatalah seorang yang di belakangnya:
رَبَّنَا وَلَكَ الحَمْدُ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ
Setelah selesai solat Baginda bertanya: Siapa yang berkata itu? Orang itu menjawab, aku, Nabi bersabda: Aku melihat lebih 30 malaikat berlumba-lumba bersegera kepadanya, siapakah di antara mereka yang pertama menulisnya.
Hadith yang lain:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ الرُّكُوعِ، قَالَ: «اللهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ، مِلْءُ السَّمَاوَاتِ وَمِلْءُ الْأَرْضِ، وَمَا بَيْنَهُمَا، وَمِلْءُ مَا شِئْتَ مِنْ شَيْءٍ بَعْدُ، أَهْلَ الثَّنَاءِ وَالْمَجْدِ، لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ»
صحيح مسلم (1 / 347):
Bermaksud: Daripada Ibn `Abbas bahawa Nabi s.a.w. apabila Baginda mengangkat kepalanya dari rukuk Baginda menyebut:
«اللهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ، مِلْءُ السَّمَاوَاتِ وَمِلْءُ الْأَرْضِ، وَمَا بَيْنَهُمَا، وَمِلْءُ مَا شِئْتَ مِنْ شَيْءٍ بَعْدُ، أَهْلَ الثَّنَاءِ وَالْمَجْدِ، لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدّ

Dari nas-nas di atas menunjukkan ketika i`tidal seseorang itu boleh membaca:
رَبَّنَا لَكَ الحَمْدُ،
Bermaksud: Wahai Tuhan kami! Bagi-Mu segala kepujian.

JIka dia hendak, ditambah dengan:
حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ
adalah lebih baik.
Jika dia hendak, ditambah dengan:
، مِلْءُ السَّمَاوَاتِ وَمِلْءُ الْأَرْضِ، وَمَا بَيْنَهُمَا، وَمِلْءُ مَا شِئْتَ مِنْ شَيْءٍ بَعْدُ
adalah lebih baik.
Bermaksud: Memenuhi segala langit dan bumi dan apa yang ada di antara kedua-duanya, dan memenuhi sesuatu yang Engkau kehandaki selepasnya.
Jika dia hendak, ditambah lagi dengan:
أَهْلَ الثَّنَاءِ وَالْمَجْدِ، لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدّ
Lebih baik lagi. Ikutlah keadaan dan kemampuan.
Bermaksud: Wahai Yang memiliki segala kepujian, kemuliaan dan keagongan! Tiada yang menegah bagi apa yang Engkau beri, dan tiada yang boleh memberi bagi apa yang Engkau tegah, dan kekayaan seorang tidak mememberi manfaat dari-Mu (kepadanya). (Yang memberi manfaat kepadanya ialah ketaatanya kepada-Mu dan amalannya yang menghampirkan kepada-Mu).

Dalam kitab al-Majmu` Imam al-Nawawi menyebut:
فَيُسْتَحَبُّ أَنْ يَجْمَعَ بَيْنَ هَذِهِ الْأَذْكَارِ فَيَقُولُ فِي ارْتِفَاعِهِ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ فَإِذَا انْتَصَبَ قَالَ اللَّهُمَّ ربنا لك الحمد حمدا كثير طيبا مباركا فيه ملء السموات وملء الارض الي قوله منك الجد
المجموع شرح المهذب (3 / 420):
Bermaksud: Sebaik-baiknya/Sunat menghimpunkan di antara zikir-zikir ini maka orang yang bersolat itu menyebut ketika bangun:
 سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ
maka apabila dia telah berdiri tegak menyebut:
اللَّهُمَّ ربنا لك الحمد حمدا كثير طيبا مباركا فيه ملء السموات وملء الارض
 Hingga  منك الجد , sebagaimana yang saya sebutkan di atas.